:: my-memory ::

Sunday, July 18, 2004

Sajer2 : Surat cinta

Sayangku,
 
   Dalam kesuraman ultar lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenang eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.

   Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perut ku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu. Kau juga mengajar ku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Justin Timberlake dan Sharifah Aini yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke Planet Zargus itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.
   Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Kelang. Pemergianmu menyebabkan aku mengidap penyakit resdung dan Hepatitis Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stalaktit dan stalakmit yang bagaikan sembilu.
   Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang ipar mat bangla sebelah rumah kau itu. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah ke mana menghilang.
   Aku cuba bermain badminton sambil makan mee hailam untuk melupakan mu, tapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
   Mengapa ? Mengapa sayang ? Mengapa ini semua bisa terjadi ? Mengapa setelah kau curi hati ku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cinta ku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.
   Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni beras yang kau timpakan di atas belakang ku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak komodo dan 386 ekor anak beruk. Dan kini, setelah harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh ! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
   Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mee segera. Aku bukan Mcgyver, McDonalds, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman Taro seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tidak perlu dikesali lagi kerana nasi telahpun menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Sgalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
   Walaupun segalanya telah berakhir, di sini, di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada Kompleks Membeli Belah SOGO, selagi ada kedai selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Westlife belum berpecah, selagi ada peniaga VCD haram, aku tetap menunggu mu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumah ku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepada mu. Nak tak ?
 
Sekian.
Yang mencintaimu.

balakmu yg keciwa

|

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

:: profile ::

[ :: about me :: ] 

[ nick]may + mr.syamay
[ me? ] shamsul ridzman samsudin
[ JaPaNesE NamE ] Yamada Kazuma
[ birth ]kay bee + june 20 ,19XX
[ location ]now,here + KB,penang
[ life ]simple + happy + concern
[ like ]music + pc + chatz + sleep
[ job ]job-seeker + student
[ status ]BUJANG (single xde awek)
[ myself ]simple but perfect



may's moblog

DaH SinGGaH
TgH onLinE


:: Previous Posts ::

:: HisToRy ::

:: chit.chatz ::

Send me ur opinion + ur mark ok!!

:: e-NoVeL PiLiHaN ::


:: Jangan Ada Dendam - Sri Diah & MBA
:: Relevankah Aku Di Hatimu - Anis
:: Nyanyian Tanjung Sepi- Noorsuraya
:: Rumah Kecil Tiang 1000- Noorsuraya
:: Di Hatiku Cinta Bermula - Ryana
:: Kau Yang Ku Sayang - Eita
:: Rahsia Rasa Hati - ElleaNur
:: GT_i - hlovate
:: Kasih Yang Ditiggalkan - Nazra
:: Cinta Di Hati - Dhiya
:: Sesuci Cinta - Hadiah
:: Badai Pasti Berlalu - Elleanur
:: Natalia Natasha - Diya
:: Dariku Untukmu - Indah

:: LiRiK PiLiHaN ::

Radja - Takkan melupakanmu

Terindah,
Lagu yang terindah,
Sengaja kucipta, untukmu yang terindah,
Semoga dapat meluluhkan segala keraguan,
Semoga dapat menghancurkan 
kerasnya batu prasangka

C/O
Aku takkan melupakanmu,
Takkan meninggalkanmu,
Takkan menduakan cintaku,
Ku bersumpah…..
Aku tak ingin mengingkar janji,
Tak ingin menjadi duri, 
Takkan ingin menjadi 
api cinta yang membara…

Rebahlah,
Kau di pelukku,
Lepaskan resahmu,
Bebaskan jiwamu,
Dari prasangka,
prasangka burukmu,
Dari kerasnya batu curiga…..
 
Senyumlah melati,
Hapuslah mentari,
Raihlah cintaku hari ini


:: WebBloGs ::


::>>> MeLyz
::>>> W-E-A
::>>> aNa
::>>> puterakl
::>>> JeNaB
::>>> mr.K
::>>> hId4yU
::>>> Kunocries
::>>> Katarsis
::>>> Dragon
::>>> Farah+Aziz
::>>> BatPuPu
::>>> LorDarD
::>>> AyArEs151
::>>> Datul+LadyPilot
::>>> Fara
::>>> Aleeya
::>>> RaPtoR
::>>> GirLfRiDaY
::>>> RiAQasTiNa
::>>> AdiqLaDy
::>>> AiNuL
::>>> WaNaYu
::>>> Aminie
::>>> HiKarU
::>>> AnA
::>>> iRJa-LaRa
::>>> NaiM-HanA
::>>> NilZDa
::>>> AsRi
::>>> FaZiLa
::>>> MiZiE [new]
::>>> KaSiH-aLYZa [new]
::>>> BloGGeR
I'll coming soon!! Waitt

:: chit.chatz ::

:: WebLinks ::

::>>>3R
::>>>
yahoo
::>>>
Hotlink
::>>>
hotmail
::>>>
e-kawan
::>>>
bluehyppo
::>>>
Tokeikedai
::>>>
Metamobile
::>>>
maybank2u
::>>>
mesradotnet
::>>>
@macam.com
::>>>
TMneT Prepaid
::>>>
UtusanMalaysia
::>>>
GMag Gempak
::>>>
Harian Metro
::>>>
Karangkraft
::>>>
mysahabat
::>>>
Fotopages
::>>>
Blogdrive
::>>>
blogspot
::>>>
era+fm

::Birth Date ::

:: eN.SaMsuDiN (da OnLy aBaH)[24-11]
:: PuaN RoKiaH (lovely Ma) [09-12]
:: MoHd SyaMiza (MieY )[13-02]
:: AbDuL MaLiK (DuaN )[14-12]
:: SyAiFul FiKri (Sepo )[23-10]
:: Nur Amira (Miera) [05-08]
:: Mohd Shahidan (Dan ) [21-08]
:: Nor Faranadia (KaK ) [11-02]
:: Nor Suraya Malissa (Sue) [03-09]

:: RynN (sepupu!)[11-01]
:: MelY (kwn chatz) [30-01]
:: Ero (bdk png haria)[16-03]
:: TiNie (kwn email)[21-03]
:: JeNaB (Kwn Blogger)[23-03]
:: TiNie (Kwn Skoolah)[07-04]
:: P-Je (Kwn sekolah) [05-05]
:: WaNiE (Misi kt Hosp Serdang) [15-06]
:: MaY (aku le tu..nk Hadiah!) [20-06]
:: KaSiH (anak Langkawi!) [29-06]
:: MaS (kwn sekolah lama) [19-07]
:: UmmI (Cikgu Pisah) [23-07]
:: YaN TePenG (Awek Cheq Ni) [30-10]
:: DeqNoor (kwn Blogger) [03-11]
:: IjaM (kwn baik) [14-12]
:: WeA (kwn baik) [17-12]
:: MiRaH (Adeqkuss) [20-12]

:: Chew (oPis-MaTe) [02-02]
:: EeLiN (oPis-MaTe) [15-03]
:: BK (oPis-MaTe) [16-03]
:: Brenda (oPis-MaTe) [27-06]
:: JiT (oPis-MaTe) [06-09]
:: KoK WaI (oPis-MaTe) [14-12]
:: PeSa (oPis-MaTe) [14-12]

:: wish list ::

:[X]: Awex (ratu hatiku)...
:[X]: Degree (Comp Sc)
:[X]: TV (29" Samsung)..21"Pensonic je
:[X]: Motor baru (Kriss II 110)
:[_]: Master (in IT maybe)
:[X]: new PC (P4 HT..intel mboard)
:[X]: kete (second wife)
:[X]: digicam (Nikon CoolPic 3200)
:[X]: keje (comp,IT)
:[_]: video digicam (JVC,SONY...bla bla)
:[_]: kawin,anak bla bla... (soon)

:: details ::

1. name : may
2. status : not single
3. sex : male
4. birthday : june 20
5. sign : gemini
6. eye color : dark brown + black
7. hair color : black and gray

Relationships
do u have any bf/gf : yeah
do u have crush : yeah...twice

Fashion | stuff
favorite place to shop? : kedai RM2..hehe
tattoos or piercings? : no..

Specifics
do u do drugs? : never
shampoo do u use? : sunsilk
most scared of : clash..waaa
tattoos : never..ever!!
piercings : never..ever!!

Favorites
color : black blue
food : any..halal
boys name : ridz
girls names : amira suraya
subjects in school : maths
animals : cats
sports : badminton, sepak raga
drink : milo beng
place to shop? : kedai RM2..hehe

Do u..
drink : never!!
smoke : yes,before..not now
relocated : yeahh..i like 2 travel
take drug : ermm never!!
like cleaning : once a week?


Have you..
ever cried over a girl? : once..
ever cried over a boy? : not yet
ever lied to someone? : alwayzz
ever been arrested? : twice..by JPJ hehe

Do u think u are..
handsome : :P,donno.
funny : alwayz
hot : ermm not
friendly : sometimes
ugly : at da morning
loveable : yeahh
caring : depends
sweet : donno
lazy : not me!!
evil : hahaha..alwayz
in love : yeahh..rite now.
hot temper : depends